Tuesday, April 27, 2010

almaraz cotton soft japanese cheesecake

Antara fav cheesecake kami but my hubby tak makan cheese so this happens not his fav :(.
Tp ni lah antara cheesecake yg paling ramai org mintak & cari resipinye mmm....
Enjoy bakingggggg........



Ni dua biji kek sempena open house kt umah Mommy di Maryland, Newcastle. Selain tu juadahnye mommy wat nasi kerabu, bihun sup, kuih tepung pelita & biskut raya.
resipinye nnt dulu yerrr....

Baru perasan x letak2 lg resipi kt sini. Mommy berterima kasih baaaaaaanyak2 pada sesapa yg pernah mencuba resipi yg amat fofuler di MyResipi nih.Leh cari kan Cari resipi tu nnt jumpe ler resipi ni & leh baca komen2 antara yg pernah buat kek kapas nih.
*nota: utk makluman, MyResipi skg ni x boleh dibuka, mgkn Tuan/Puan admin tgh wat smthg kot...

Untuk panduan semua, krim tar-tar ada yg TAK HALAL so better gantikan dengan jus lemon. Hasilnya tetap sama. Confirm tiada kesangsian lagi dah kan.
Pada yg teringin nak makan & nak buat, sila2 lah amik resipi ni..

almaraz cotton soft japanese cheesecake

Bhn2:

Bhn A:
250g cream cheese (mommy biasa guna philadelphia)
50g butter
100ml susu segar

Bhn B:
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek (boleh ganti dgn tepung naik sendiri)
20g tepung jagung

Bhn C:
140g gula halus
6 biji putih telur
3/4 sdt jus lemon

Cara:
1. Dgn teknik double boiling, masakkan kesemua bhn A. Kacau smpai ia cair & sebati, pastu tutup api dan ketepikan dahulu (biar ia sejuk suam2 sket).

2. Then tmbhkn kesemua bhn B kedalam adunan bhn A yg dh suam2 tu then guna spatula tuk kacau adunan. Kacau hgga rata.

3. Dlm satu bekas lain, utk bhn C pulak, pukul (dgn mixer) putih telur bersama jus lemon smpai ia berbuih2 saja. Then tmbh pulak gula. Seterusnya pukul lg smpai ia berkrim dan blh membentuk tanduk (cara testnye: cuba kuis sedkit dgn hook pemukul mixer tu & bila ia blh membentuk spt tanduk then maknanya dh siap adunan tu).

4. Pastu, tambahkan adunan no. 2 ke dalam adunan no.3. Dgn guna spatula, kaup balik adunan hgga sebati.

5. Dalam loyang kek (springfoam) saiz 8inci, griskan semua bhg (dan alaskn bhg bwh dgn baking paper). Seterusnya tuangkan adunan kek ke dalam loyang & ratakan.

6. Bakar kek kapas ni xleh direct camtu jer. Kena wat cara aun-bain-marie. Caranya tidaklah susah mana, cam ni:
i. mula2 ambil loyang kek dan balutkn bhg tepi & bwh loyang tu dgn aluminium foil (kalo leh wat 2 lapis)...utk elak air panas masuk dlm springfoam tuh.
ii. ambil oven dish, letakkan loyang kek atasnye. Then masukkan air panas mendidih ke dalam oven dish..kalau leh biar paras air leh smpai dlm 1/2 tggi loyang kek.
iii. letak oven dish dlm preheated oven 160C (hati2 sbb air panas..Nak sng, letak awal2 oven dish & loyang kek dlm oven then tarik kuar sket & tuang air panas).
iv. bila bhg atas kek dh kekuningan sket, leh test ngan skewer samada kek dh ready ke lom...dlm kat2 1 jam.

Kek ni tak lah susah mana nk buat cuma penyediaan tuk membakar je nmpk cerewet. tp bila dh buat tu, skjp je..
Cuba ler yer :)

1 comment:

  1. sy suke kek ni..salu beli kt bread talk je....teringin nak wat sndiri

    ReplyDelete