Monday, August 23, 2010

Ayam percik

Ni lagi antara masakan pantai timur yg dikongsikan oleh bonda mertua mommy. Mmg merbeles resipi ni, ramai dh ambil dr mommy...

Jom membakar........



Pes ayam percik
Bhn2:
*3-5 ulas bwg merah
*2-3 ulas bwg putih
*1/2in halia
*1cm belacan
*tumbuk bhn2 ni hgga lumat
1 - 2 sdt cili kisar/serbuk cili
1-2 sdb beras (mommy tumbuk hgga hancur cam tepung, kalau ndak, leh kisarkan gak)
1 batang serai - ketuk sedikit
1 - 1/2 cwn santan pekat (tmbh sedikit air kalau pes sikit sgt)
garam & gula secukupnya


Utk merebus ayam
1/2 cwn santan pekat + 1/2 cwn air
sedikit garam
1 batang serai - ketuk sedikit

Cara pertama buat pes percik:
1. Guna setengah sudu besar minyak dan panaskan dlm sauce-pan.
2. Tumiskan bhn2 kisar, bila dh naik bau masukkan cili kisar & kacau2. Bila dh naik minyak, masukkan santan, serai, beras tumbuk, garam & gula.
3. Sentiasa kacau, kalau tak beras akan berketul2. Bila dh memekat dan naik bau then tutup api. Siap.

Cara kedua buat pes percik:
1. Masukkn kesemua bhn dlm sauce-pan, kacau2 dan perisakan dgn garam & gula. Bila dh pekat & pecah myk, tutup api.

Nota: Dua2 cara beri rasa pes percik yg lbh krg sama & yg pastinya, tetap sedappp...

Cara rebus ayam:
1. Sediakan satu periuk, campurkan kesemua bhn2 dlm periuk bersama2 potongan ayam tadi. Kalau ayam byk, tmbh lg santan & air.
2. Rebus ayam hgga separuh masak & toskan atas wire rack.

Cara bakar ayam percik:
1. Ayam yg dh disusun atas wire rack td dilumurkan dgn pes atam percik secukupnya. Boleh guna serai yg digunakan dlm rebusan td. Kemudian bakar.
2. Setelah bhg atas masak, balikkan bhg bwh & lumurkan lg dgn pes percik. Bakar hgga masak.
Proses membakar mgkn tak lama sgt sbb ayam dh direbus separuh masak td.
Selamat mencuba yer...

No comments:

Post a Comment