Monday, August 9, 2010

Daging Gulai Darat

Ni, mommy kira adalah makanan fofuler seantero negeri cik mek molek :)
Masakan ni mmg mudah nk disediakan...esp tang nak berbuka puasa...mmmm mmg tempting aromanya. Ni mommy guna cara mommy sdiri hasil drpd yg diajar oleh bonda mertua yg dikasihi....byk gak masakan & tips org pantai timur diperturunkan pd mommy....luv u mek..muuahhh!

Jom kita masak!
(jumlah bhn2 tuk pandai2 lah agak2 sbb mommy masak tak ikut sgt sukatan....)

Daging gulai darat


200-400g daging lembu
2 -3 cwn santan
1-2 kpg asam jawa
1 sdb kerisik
garam & gula secukup rasa
cili merah & cili muda secukupnya

Bhn2 perap:
1 sdt ketumbar
1 sdt jintan manis
(kedua2 bhn ini disangai terlebih dulu (goreng tanpa myk))
2cm halia
1cm lengkuas
5bj bwg kecil
1cm kunyit hidup (blh gantikan dgn serbuk kunyit)
2 sdb serbuk cili (blh gantikan dgn cili kering)

Cara:
1. Tumbukkan kesemua bhn2 perap. Mommy lebih suka tumbuk drpd mesin (nk kekalkn rasa authentic-nye la konon hehhe)...kalau tumbuk tu, mulakan dulu dgn bhn2 sangai tu then barulah bhn2 lain...
2. Lepas tu,  perapkan daging dgn bahan2 tumbuk, beserta dgn garam & gula. Mommy perap dlm 15-20min je..nak lama sket pun no hal.
3. Setelah diperap, "matikan awas" -- ni bahasa mak mertua...maksudnya, masukkan daging bersama bhn perapan td ke dalam periuk dan panaskan. rasenya ada yg letak santan masa ni tp mommy taruk santan slps air daging dah kuar & bila mcm nk mengering sket mommy tuangkan santan & masukkn asam keping. masakkan daging smpai hampir empuk.
4. Bila daging dh nk mula empuk, masukkan kerisik (my kids suka pekat so mommy boh kerisik lebih skt...kdg2 tu masak berkuah byk gaks..tgk keadaan). kacau2 then biar ia menggelegak sekejap then baru masukkan cili merah & cili muda...dalam sminit dua boleh la ditutup api.
Selamat menjamu selera dengan makanan tradisi org melayu ni yer.....yum....

No comments:

Post a Comment