Tuesday, August 10, 2010

Kuih Kundas

Sekali sekala menjamu selera dgn makanan org dulu2 ni mmg menyelerakan....Ini antara kuih-muih org perak yg mgkn tak berapa dikenali ramai. Membuatnya tersangatlah senangnya, nk menghabiskannya pun senang gaks :)
Ada gak versi yg hampir sama tp dtg nun dr selatan tanahair...ni pun mommy dpt tau dr teman2 myresipi.
Mommy dah kongsikan resipi ni di MyResipi....ada feedback drp beberapa teman2 MyR yg dah cuba buat kuih simple tapi sedap ni.  Tapi di sini mommy tukar sket resipi ikut sukatan cawan/sudu so xperlu sukat2 dah. Dan sukatan ini sikit je so sesuai utk yg baru pertama kali nk mencuba.

Jom kita menggoreng....

Kuih Kundas

1 cwn tepung gandum
1/4 sdt baking soda
3 sdb gula
1/2 cwn air
Minyak utk menggoreng

Cara:
1. Gaul rata bahan2 kering. Kemudian sedikit demi sedikit tambah air sambil kacau dgn sudu. Biarkn dalam 2-3min. Doh siap.
 Cara memasak kuih ni adalah satu persatu - maknanya, bentukkan satu, terus goreng dlm kuali. Pd masa yg sama, bentukkan lg doh seterusnya dan pastikan yg ada kt dalam kuali tu dibalikkan (sbb ia masak dgn cepat). kalau dah expert, blh lah masak 2 -3 skaligus...

2. Panaskan myk dalam kuali, dgn api sederhana. Myk tak perlu byk sbb nk masak 1 ke 2 ketul skaliguskan.

3. Doh ini agak lembik (lihat gambar) jadi untuk membentuknya tu, sediakan alas atau nak sng mommy guna cutting board dan taburkan tepung (dlm 1sdb) atasnye. Kemudian, sudukan doh(1/2 sdb ke 1 sdb) ke atas tepung td (spt dlm gambar seterusnya) dan salutkan serta leperkan guna tangan (gambar lg satu). angkat dan balikkan pada kedua2 belah tapak tgn utk membuang lebihan tepung yg melekat pd doh dan terus gorengkn. hati2 bila masukkan ke dalam kuali sbb doh ni lembik kan so wat cpt2 tp jgn terus campak lak hehhehe...kalo dh byk kali wat, sure expert nye le!





























4. Masa menggoreng, guna api kecil sbb kuih kundas ni berongga2 kt dlm so dia mmg cpt rentung kalau myk panas sgt. Dh menggelembung dan keperangan baru balikkan then bila bwhnya pun dh keperangan gak baru lah angkat...

5. Ia blh dimakan begitu shj (sbb dh manis)...blh buat tawar (means boh sedikit je gula) tuk cicah ngan kari ayam atau daging..ermmm...yum!







No comments:

Post a Comment