Friday, October 22, 2010

Parmigiana Kentang

Satu lagi resipi mudah untuk seisi keluarga.

Ini juga diambil resipi asal dr majalah COLES Magazine: Autumn season tetapi mcm biasalah, mommy tukar2 lagi lah. Resipi asal ada eggplant parmigiana tp memandangkan hampir 80% seisi kuarga tak makan eggplant so mommy tukar kepada kentang. Baru ngam hehhehe..mommy suka eggplant tp malas la plak nak buat kalau yg lain tak makan kan...

First time try buat parmigiana kentang ni...mmg laku. Tmbh2 pulak pearl mommy yg nomot 5 tuh....amboooiiiiii....tak renti mkn. Yg sorang lagi plak dok ngabiskan cheese..ala2 pizza katakan...tgh2 panas tu, lg ditarik lg panjang...ermm....yummmmm!!!

Jom kita cuba buat!

Parmigiana Kentang


Bhn2:
2 bj kentang, potong nipis2.
2 sdb minyak zaitun
3-5 ulas bwg putih
1 sdb butter
1 sdb tpg gandum
1 cwn susu segar
1 cwn sos pasta, mommy guna sos pasta mushroom
1 cwn grated cheese

Cara2:
1. Panaskan oven, 200C. Tuangkan myk dalam casserole dan susun hirisan kentang di dalamnya. Letakkan sekali bwg putih di serata tmpt, tak perlu hiris, biar dia seketul2 mcm tu cuma buang kulit aje. Bakar smpai kekuningan, dlm 10min then balikkan dan bakar lagi. Mgkn dlm another 8-10 min. Dh siap angkat & letakkan dlm satu bekas lain. Kemudian penyek2kan kesemua bwg putih (biar dia mesra sket dgn kentang).
2. Utk sos: Cairkan butter dlm periuk (api sederhana). Tmbh tepung dan kacau2 dlm 2min kemudian tutup api.Tmbh susu dan sos pasta, sedikit demi sedikit sambil kacau & memekat. Perisakan dgn garam (a dash only sbb cheese dh masin...) & serbuk lada hitam. Renehkn lagi dlm 5 min. Siap.
3. Dgn menggunakan casserole yg sama, gunakanlah utk masak parmigiana. Mula2 letak sedikit sos & ratakan dlm bekas tu, kemudian susun kentang + bwg putih (lapisan kentang), kemudian lapisan sos dan akhir sekali lapisan parutan cheese. Ulang melapis utk second round sampai bhn2 habis. Yg sure-nya, lapisan paling atas adalah cheese...
4. Dh siap melapis, bakar parmigiana dlm oven, 180C-200C dlm another 15-20min lagi. Dh siap, angkat keluar dr oven dn sejukkan dlm 5 min sebelum dihidang.
5. Sesuai utk makan petang bersama salad (spinach+salad+celery+etc...plus balsamic vinegar).

No comments:

Post a Comment