Friday, November 19, 2010

Sayur masak lemak

Mommy ni, paling suka makan sayur2an hijau esp ulam2an & rebus. Kalau orang perak, masak lemak (putih) sayur ni mmg very simple. Tp bila dh separa jadi org klate ni, lain la plak cara masakan lemak sayur.

Ni mommy nak share resipi bonda mertua mommy...very simple but yet yummilicious! Resipi yg very common at far east coast in malaysia tp mgkn tak sama di bbrp tmpt lain. Stok dlm fridge ada sayur sawi jadinye, mommy wat masak lemak sawi le jawabnye. Boleh ditukar dgn sayur2 lain ikut selera msg2 le kan. So, why not tukar selera sket....ikut cara lain masak lemak....jom masak!

Sayur lemak sawi bersama ubi keledek


Seikat sawi (buk choy) - potong2
1 bj ubi keledek - kerat kecil2

bhn2 tumbuk: 
1 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinye shj)
2 ulas bwg putih
3 ulas bwg besar
1 - 1 1/2 sdt lada hitam (biji)
--------

3/4 cwn pati santan + 1/2 cwn air (jumlah santan/air  boleh adjust le yer)
garam & gula secukup rasa

1. Mula2 tumbuk lada hitam smpai hancur kemudian campur kan sedikit demi sedkit bhn2 tumbuk yg lain. tumbuk smpai lumat.
2. Sediakan periuk dan masukkan bhn2 tumbuk beserta dgn air dan santan. Masukkan jugak ubi keledek. Panaskan atas api, perisakan dgn garam & gula. kacau2 hgga ubi lembut.
3. Kemudian masukkan sawi, kacau2 sekejap then tutup api (mommy masak sayur tak lama sbb bila dh tutup api pun i.e. masa kuah masih panas tu, sayur pun akan terus masak gak).
4. Siap utk dihidang.

No comments:

Post a Comment