Monday, December 27, 2010

Almaraz spaghetti

Kali ni mommy nak masak pasta lagi tp kali ni special punya sos (kuahnya). Mommy wat cara org kite2 pny style sket sbbnya, mommy suker makan sayur tp bolognese xder sayur. So, fikir pny fikir, timbul idea cam masak mee kuah/kari tu...xder le letak tauhu tp mommy campurkan meatball (buat sdiri) atau fishball (beli yg siap tu...kan sng :) ).

Apa yg mommy kekalkan adalah penggunaan tomato dan tomato puree, serta oregano & basil. Sayur yg mommy tmbh ikut selera anak tekak mommy tp kalau nk dipelbagaikan (i.e. guna sayur2 lain ikut selera msg2), please do...

So, pe tunggu lagi, jom masak pasta ala-melayu :)

Almaraz spaghetti

Spaghetti (secukupnya, direbus ikut cara yg ditulis pada paket)

utk sos:
1/2 bj bwg besar - cincang halus
100g daging cincang
1 1/2 (setengah) - 2 cawan tomato puree
2 bj buah tomato - potong dadu
2-4 helai daun basil
2sdt dried oregano
garam & gula secukup rasa
1/2 (setengah) sdt olive oil
Air secukupnya (kalau terlalu beku, put more water - gantikan dgn cream kalu suka)

utk meatball:
150-200g daging ayam cincang/isi sausage (again, buang casingnya ler yer)
1 sdt serbuk jintan putih
1 sdt serbuk jintan manis
sedikit garam
sedikit tpg jagung

sayur:
celery - potong pendek2
kangkung/sawi - potong pendek2 & celur sekejap
taugeh


Cara:
Utk meatball:
1. Gaulkan kesemua bhn.
2. Panaskan kuali non-stick dgn separuh sudu besar olive oil (diambil dr bhn tuk wat sos).
3. Ambil sejemput adunan daging dan letak dlm kuali (mcm nk wat kuih jemput2) atau pun guna sudu kecil. Buat smpai habis adunan. bentuk x bulat sgt pun xpe tp kalo leh jd bulat cam bola tu, kire baguih ler :).
nota: Goreng tak perlu myk byk..kalu guna non-stick fry pan, skt myk dh ok. Bila nk balik2kan, just lambung2 ke kuali, very simple nk sediakan. Ni meatball yg mommy masakkan.


4. Pastikan bebola tu kekuningan sket aje (jgn terlalu browning) then angkat & tos. Ketepikan.








Utk sos:
1. Panaskan kuali non-stick dgn separuh sudu besar olive oil (baki yg tadi tu).
2. Saute bwg, naik bau je tmbhkan daging cincang. Ketuk2 sambil kacau tu, supaya daging cincang tu jd kecil. Kemudian tmbh puree dan buah tomato. Kacau2. Tmbhkan herbs dan perisakan dgn garam & gula (skt aje). Kemudian masukkan meatball td. Renehkan...kalau terlalu pekat, tmbh air/cream secukupnya. Siap.












3. Plating: Letakkan spaghetti di tengah2 piring. Kemudian letak sayur2an. Pastu tuang kuah atasnye, bersama dgn beberapa biji meatball. Walla...siap untuk dijamah!

No comments:

Post a Comment