Sunday, January 15, 2012

Basil Chicken Liver


This is MY dinner - bbrp malam lepas. "My" sbb mommy satu2nya rakyat kt rumah ni yang makan hati ayam ka, lembu ka...yg lain smua cakap -- eiiuuuuuu...
Simpel punya masakan lagi...lagi masakan ala2 thai sbb basil ni mmg popular dlm masakan org2 siam ni.

Jom..menggulai!

2-3ketul hati ayam
3sdb minyak masak
2-3ulas bwg putih, hiris nipis2, dadu
1/2bj capsicum - hiris panjang2
4-6bj cili api, hiris2 (cili thai yg kecik2 kt sini xpedas tp hat cili burung kt msia tu, mmg mommy x boleh makan langsung)
1sdb sos ikan
1sdt gula
1sdb sos soya
1sdb sos tiram
2sdb air
15-20helai daun basil segar
1/2sdt tepung jagung +  1sdb air - bancuhkan

Cara:
1. Panaskn minyak dlm kuali. Then masukkan bwg putih dan cili, kacau2 hgg aromanya naik. Then masukkan hati. Tumis dlm 1 - 1 1/2min pastu baru masukkan sos ikan, sos soya dan gula. Kacau2 sekejap dlm 1/2 min then barulah dimasukkan sos tiram dan air dan capsicum. Masak dlm another 1-2min.
2. Tuangkan bancuhan air tepung jagung serta dlm 10 helai daun basil. Kacau2 dlm 1/2min tutup api. Siap.
3. Hiaskan bersama2 dgn baki daun basil (taburkan di atasnya) dan hidangkan bersama2 nasi panas. Yummm....

Hati ayam boleh aje kalau diganti dgn ayam atau daging....

2 comments:

  1. hahhahaha..teringin nak tengok muka anak2 kak alma..bila menu hari tu bukan menu kesukaan derang...kikiki

    ReplyDelete
  2. kekekeke
    Q, masa akk masak basil hati ni, depa lebih rela mkn bubur nasi so meal depa bubur nasi ajo la :)

    ReplyDelete