Tuesday, August 14, 2012

Biskut Kelapa


This one asalnya adalah biskut kelapa delima dari CMG. But since mom tak guna glace cherry sbb anak2 tak suker  so xder ler nmpk delimanye ye.

Biskut Kelapa (Delima)
-dari CMG (mom just c&p je ni)

Bhn A (disatu & ayakkan):
25 g tepung jagung
150 g tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
---------------------
125 g gula aising
75 g kelapa kering, dikisar halus
25 g serbuk badam *mom buat sampai 50g 
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji) *stok kt rmh mom cuma ada yg 70g sbji
1/2 camca teh esen vanilla
155 g mentega

UNTUK HIASAN:-
Ceri merah, didadu kecil *mom tukar dgn 100 & 1000's dan choc rice
Kelapa kering
Kuning telur, untuk sapuan

Cara-cara
  1. Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti.
  3. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susuh dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  5. Bakar dalam (preheated) oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment