Tuesday, September 4, 2012

Daging Merah



AsSalam & G'day...

Dek sebb kan raya, bersawang terus umah mommy ni :D....
Hari ni on balik ler.

Ramadhan dah berlalu.
Alhamdulillah...30 juzuk selesai, as every year...
Alhamdulillah...dapat meraikan hari kemenangan bersama2 dgn suami & anak2 di Newcastle.
Alhamdulillah..hari ini dah 5 hari berpuasa 6. Tinggal 1 hari aje lg ni...tggu nak puasa sama2 dgn darling sbb dia ckp nak puasa nx week, Monday...ikut aje la janji cukup 6 hari.

Daging merah..mmmmmm...mommy pelik gak sbb tak pernah share resipi lagi. Rase2nye ada bila cek2, xderk la plak.
Mom biasa masak 2 versi..1versi daging merah berempah (tmbh spices) & 1 l gi versi plain.
Dua2 versi pun belum ada kt sini so this time mom share ler dulu yg plain.

Jom............!

Daging Merah

300-400 gm daging - direbus dgn air (kalau nak kuah byk, lebihkan sket airnya tu)

Bhn2 hiris:
3-4 ulas bawang putih 
2-3 inci halia (hiris btg mancis)
----------------
Sos dicampur bersama & gaul sebati:
2 sdb sos cili (boleh ganti dgn serbuk cili jika nak lebih pedas)
2-3 sdb kicap soya 
2 sdb sos tiram
2-3 sdb sos tomato
--------------------
1 bj cili merah/hijau - hiris pnjng2
1 ulas bawang besar  - hiris bulat2 atau kasar2
Garam & gula secukup rasa
2-3 sdb minyak untuk menumis (mom guna olive oil, if guna myk biasa, kurangkn)
perwarna merah secukupnya

Cara-cara
1. Daging direbus dgn sdkit garam, smpai hampir empuk. Tos & simpan air rebusannnya tu.
2. Panaskan myk dlm kuali. Tumis bhn2 hiris smpai naik bau. Then masukkan campuran sos. Kacau2.
3. Masukkan daging, kacau2 dlm 1min then baru tmbhkn air rebusan. Perisakan dgn garam & gula. Masakkan daging smpai empuk. Dalam 1min before angkat, masukkan hirisan cili & bawang. Siap.


No comments:

Post a Comment