Wednesday, July 24, 2013

Chocolate Mousse Brownies


When we first arrived in Malaysia, coming back here for good, weather becomes our main concern.
Yang mom tak faham, w/pun dah berpuluh tahun dok sini and cuma 4 and half yrs dok di perantauan, still payah nak adapt cuaca di negara sndiri. Pe2 pun, minuman berais is not my fav ... apatah lagi yg bergas...Sudahnya, stick to cold food like icecream, yoghurt, ice blended, mousse...
Anak2 almost everyday dok buat milo ice blended sdiri kt rumah sampai mom nak halang pun tak sampai hati :(. Actually mom agak mengawal makanan anak2 esp minuman berais & bergas tp bila tgk depa cam tak tahan, I just let them be...

Berbalik kepada resipi kali ni... makan sejuuukk :) mom buat choc mousse brownie resipi sis Yanie of MyR. Ni dah lama dh dok terperap dlm lappy, skrg baru leh kuar. Thanks newly 3rd-time mom Yanie for the recipe...Eh 3 anak dah kan..best3...!

Alhamdulillah...kek ni bukan setakat rezeki kami tapi pada jiran2 jugak ^_____^

Jommmmm....baking!

Chocolate Mousse Brownie
sumber sepenuhnya: Yanie of MyR

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies:
45g butter
65g gula halus 
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse:
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara-cara:
Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.




No comments:

Post a Comment