Friday, November 13, 2015

French Creme Choux

AsSalam

Juadah petang semalam...dah kira dinner pun ya & buah2an.
Brekky & lunch dah quite heavy meals so malam2 kena light sikit lah ye...walaupun gitu, still ada carb kan...hmmm...

Jommmm....ber-choux!

Yummmm.....gebussssss...........

Choux Buns

 Bhn A:
1/4 cwn butter
1/2 sdt garam
120ml air
1 sdt gula kaster
----

1/2 cwn + 1sdb tepung kek
2 biji telur, pukul dgn garpu dalam seminit

Cara:

  1. Masukkan bhn A dalam satu periuk kecil, masak atas api sederhana.
  2. Sementara itu ayak tepung dalam satu bekas.
  3. Bila campuran bhn A dah menggelegak, tutup api. Alihkn pot ke tempat lain.
  4. Masukkn tepung ke dlm pot tu, kacau2 hgg jadi adunan lembut (guna senduk kayu).
  5. Letak balik atas api sederhana . Kacau2 dgn senduk, lagi smpai blh dibentuk spt satu bebola & kelihatan ada lapisan nipis melekat pada pot.
  6. Tutup api, alihkn pot ke tmpt lain & biarkan ia sejuk (dlm 5 minit).
  7. Panaskan oven. 200C.
  8. Dah sejuk, campurkan telur sedikit demi sedikit sambil kacau2...adunan akan jadi batter yg lembut...Selembut bila diangkat dgn senduk, adunan akn drop (leleh sikit).
  9. Masukkn adunan ke dlm piping bag (nak guna nozzle atau tidak, terpulang. Saya guna star nozzle).
  10. Paipkan atas oven tray yg dialas dgn baking sheet (nnt atasnya ada pointy sikit). Jarakkan setiap satu, dlm 3-4inci. Celup jari dlm air, tekankan pada pointy kt atas stiap choux buns.
  11. Bakar dalam 20min atau hgga choux buns dah keperangan. Sejukkan.




Baru je lepas keluar dari oven ni...

Bila dah masak, sejukkan atas wire rack.
Potong tengah2, paipkan creme filling (resipi di bawah) ke dlm bhgian bawah. Tutup balik bhg atasnya.
Siap untuk dihidangkn pada family/tetamu...Yummmm!


Creme Filling
Ini cara tersenang & termudah. Byk lagi resipi creme custard yg lebih creamy. Mom bagi dua2 yg sedap ye :)


Resipi1: Creme filling
Nota: resipi ni tak berapa banyak so boleh buat 2x adunan ye.

Bhn:
3/4cwn fresh milk (anggaran)
1sdb tepung custard (mumbung)
1sdb gula

Cara:
Masak semua bhn atas api sederhana.
Keep on stirring (guna whisk).
Ia masak jika dah pekat & berkilat.
Angkat dah sejukkan.


Resipi2: Creme filling
Nota: resipi ni banyak so boleh buat separuh or simpan bakinya dalam peti ais.

Bhn:
3/4 cwn gula halus
1/2 cwn tepung tepung beras
3 sdb tepung jagung
3 cwn fresh milk
2 biji telur saiz A (suhu bilik), pukul dgn garpu.
1 sdb butter
2 sdt esen vanilla


Cara:
Dalam satu heavy-based pan, satukan gula dan tepung2. Guna whisk, gaul rata.
Letak pot atas api (sederhana), then tmbhkn susu dlm pot, whisk constantly hgga adunan jd pekat. 
Amik keluar secawan then campurkn ke dalam telur yg dah dipukul tadi. Gaul rata.
Tambahkn balik adunan telur ke dlm pan, kacau hgga sebati & tutup api.
Alihkn ke tempat lain, campurkan butter & esen vanila. Terus kacau.
Sejukkan filling. Boleh simpan dalam fridge bila dah sejuk.




No comments:

Post a Comment